Merancang

08 December 2011
Banyak wallpaper haibat dekat MUHARIKAH


Dalam kita mengatur perancangan (dakwah atau personal) selalunya kita terlupa bahawa hidup kita dan dakwah ini merupakan milik Allah. Dengan ilmu terbatas kita, kita merencana penuh dengan bunga-bunga impian. 

Namun, Allah jugalah yang mengizinkan berlakunya sesuatu kejadian. Pastinya, apa yang ditakdirkan adalah sebaik-baik perkara yang harus terjadi walaupun perkara itu bertentangan dengan kehendak kita.

2011 yang penuh dengan rentetan kekecewaan mengajarkan saya bahawa sesungguhnya manusia merancang dengan cita-cita dan Allah merancang dengan cinta. No matter how desperate I want something to happen but when Allah says NO nobody can say yes!

Ramai yang nasihatkan saya, sesungguhnya perancangan Allah itu sebaik-baik perkara. Mereka minta saya bersabar dan terus positif. Allah knows best what is the best thing for me.


لصبر عند الصدمة الأولىl
'Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama.'


Yes, I know that fact. Frankly speaking, bukan mudah untuk beriman dengan sesuatu yang di luar capaian akal manusiawi terbatas (cakap mmg senang bro, buat tu susah.sakit uuu). Tapi, selaku seseorang yang masih menyedari hakikat kehambaan yang serba lemah ini tahu bahawa saya tidak punya pilihan yang lain.

Walau seteruk mana kekecewaan yang dialami, kita harus redha dengan perancangan Allah. Walau kita tak faham dan tak terbayang dek logik akal sekalipun, suratan takdir tetap akan berjalan.

Pesan farah Nur di dalam Fb msg nya kepada saya ketika musim panas yang lepas, yang saya pegang kemas untuk mencekalkan hati-   so the best thing for us, as muslim and His slaves in order to live a life filled with bliss, all we can do is to try and pick up the silver lining hidden beneath every cloud. it's hard and tiring but never impossible.

Allahu Allah. Semoga kita semua terus positif dan tabah dalam menempuh kehidupan. Semoga yang hilang akan diganti dengan yang lebih baik. Bukankah mukmin itu menakjubkan?

“ Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin, sesungguhnya seluruh urusannnya baik baginya. Hal itu tidak akan dimiliki oleh seseorang, kecuali bagi seorang mukmin. 

Bila dia memperoleh kegembiraan, dia bersyukur dan itu adalah kebaikan baginya. Namun bila dia tertimpa penderitaan, dia sabar dan itu juga kebaikan baginya”. 
(HR. Muslim).



Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? 
Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.
57:16




Nota kaki:


1) Sukar untuk aku menolak, tapi tak bermakna begitu mudah aku boleh menerima.


2) Ujian ketaatan. Sabar.


3) Di atas tangan manusia, takdir kita takkan bersilang. Namun di atas tangan Allah, segala yang kita angankan mungkin menjadi kenyataan.









1 maklum balas:

  1. farahnur said...:

    tak sangka kakyu simpan lagi. semoga sy mampu bersabar dengan kata2 yang telah ditulis jikalau Allah memberi ujian tepat di titik kelemahan. saling mendoakan, insyaAllah <3 :)