Tarikh cantik

11 November 2011


11.11.11

Tarikh yang sangat cantik, jatuh pada hari yang sangat cantik.
dan hari ni ulang tahun hari lahir si cantik,
Cik (gelaran ni akan bertukar tak lama lagi) Mumtazah Layyinah :P

Bila bertemu dengan tarikh cantik je, pasti akan keluar ayat ni,
'Cantiknya tarikh, best kalau buat tarikh kawen ni'.

The whole world is planning something special to celebrate this special date,kan kan?
Saya tersenyum sepanjang hari, kerana mengenangkan kes tarikh cantik ni.

Alkisahnya sewaktu berada di Tingkatan Lima, pada tarikh 06.06.06, saya mengikuti program Kelas Dalam Cuti atau ringkasannya KDC. KDC ni adalah antara salah satu program 'menggilap permata' atau dalam bahasa kasarnya, kelas intensif untuk manusia-manusia yang ditakuti mencemarkan reputasi peperiksaan sekolah kami. Keskeskes.

Pada hari tersebut, kami-kami yang dilanda kebosanan menghadap latih tubi BM duduk berbincang bagaimanakah hendak memaknakan tarikh cantik tersebut. Konon-konon nak buat spark pada tarikh cantik. 

Yelah, boring kot, masa cuti dipaksa belajar. Dah la baru 2 hari balik dari PPM Kebangsaan. Penat pulang dari Pahang pun belum hilang. Lagipun tahun tu tahun terakhir bersama geng sekepala, konon-konon nak cipta memori manis bersama.

Saya, Linda, Pekot, Nadya, Ziera dan lain-lain lagi memerah otak sejak dari awal pagi lagi.Nak panjat tangki, takut jatuh dan mati, tak sempat kawen amek SPM. Lagipun acara naik tangki ni biasanya dilakukan lepas selesai semua paper sebelum wida' sekolah.

Nak fly waktu malam, Labu tu huluuuu... Gelaaappp..Tak berani kang jumpa orang jahat ke hantu ke nahas kami.Nak pecah masuk UTP untuk curi-curi tengok astro, kami tak cukup otai lah pulak. Skema belaka. Nak pecah masuk ASPURA, kang jadi cerita lain pulak. Huuu.


Maka sehingga jam 11 malam kami masih tak berjaya fikir nak buat apa sesuatu yang lain dari yang lain. Kami telah menghabiskan seharian pada tarikh cantik tersebut hanya dengan berfikir 'apa nak buat'. Rugi betul. Jika difikir-fikir balik, lawak pun ada. Konon nak buat something outstanding, lain dari yang lain lah, tapi courage takdak. Loser betul.

Hari ini, apabila saya terkenang semula kisah tarikh cantik ini, saya tersedar sesuatu. Sebenarnya, kita tak perlu pada tarikh-tarikh yang cantik pun untuk melakar kenangan bersama orang yang kita sayang. Kerana tak kisah pada hari apa, tak kisah kita dan dia berada di mana, selagi mereka membawa makna yang besar dalam hidup kita, apa-apa pun yang kita lakukan bersama mereka, pasti akan meninggalkan kenangan istimewa :)

P/s:

1) Ada orang dah lari dari blogspot ke wordpress. Dah 7 entri ditulis, dan 2 minggu blog dirasmikan, baru nak beritahu saya :(

2) Ada orang wish selamat 11.11.11 dekat saya. Saya nak wish balik dekat dia juga laa.
Awak, selamat hari 11.11.11. Semoga awak selamat selama-lamanya :)

3) Memetik kata seseorang- 'Kenangan, walau sepahit mana, ia tetap akan dikenangkan'

4) Tahun depan tarikh cantik adalah 12.12.12. Lepas tu takkan ada tarikh yang secantik ini lagi sebab 13.13.13 tak wujud. Maka, siapa-siapa yang obses tarikh cantik macam ni, silalah kawen tahun depan. Last chance wokehh XD






1 maklum balas:

  1. amiratun said...:

    hihi kak ayu. :) <3