Tahun kelima

29 November 2011
Raspberry la, bukan PINK!


Untuk kekal mempunyai motivasi dan semangat melakukan sesuatu yang telah kita pilih lima tahun lepas adalah tidak mudah. Ditambah pula dengan segala tekanan hari ini dan masa depan yang tidak menyebelahi pilihan kita, kita merasakan kita telah membuat pilihan yang silap.

Lantas, kita akan mudah berasa patah semangat dan cepat penat. Lalu lubuk hati bertingkah-tingkah, akal berpusar mencari titik mula.

Saya bertanya kepada diri, tidak cukupkah keindahan syurga yang dijanjikan Allah sebagai motivasi?


Sehinggakan kita melihat kecilnya nikmat-nikmat dunia ini, dan kita amat dahagakan basahan-basahan sungai di syurga, dan berasa sangat nyaman bersama bakal-bakal ahli syurga di taman-tamanNya di dunia ini.

Sehinggalah, keinginan, ketamakan, tumuhaat kita pada syurga itu, mengatasi segala keperitan yang kita alami di dunia ini.

Sehinggalah obsesi kita kepada nikmat akhirat itu, menjadikan kita lupa akan kepayahan, kesengsaraan, kepedihan serta air mata kita di dunia ini.

Sehinggalah, kerinduan kita pada Rabb itu, menjadikan kita lupa dan tak terfikir akan habuan di dunia, walaupun seluruh masyarakat kita, seluruh masyarakat kita sedang berada dalam arus duniawi yang mengejar pangkat serta prestasi di dunia ini.

Kerana obsesi kita adalah syurga.-Muharikah


Salah satu nikmat menjadi muslim adalah, setiap yang kita lakukan sehari-harian adalah ibadah JIKA (dan hanya jika) segalanya didekasi kepada Allah dan pelaksaannya berpaksikan syariat.

Well, terima kasih Dr. Muhaya.Video ini sedikit sebanyak ubah mood saya di pagi-pagi hari.



Nota kaki

1) Hati saya masih terganggu terkenang patient berusia setahun 10 bulan itu yang ada hepatosplenomegaly dan provisional diagnosisnya adalah lymphoma/leukemia itu :(

2) Saya dapat sms pada jam 11.13 pm dari sudut sebelah sana. Terharu atas ingatan. Baik-baik sayang :)

3) Hai awak, welcome to my humble blog!

4) Ini koleksi gambar sekitar Tahrir pada hari Jumaat 25 Nov lepas :D









 






1 maklum balas:

  1. sakura putih said...:

    neriahnya suasana pilihanraya =)