![]() | |
| Gambar Hospital Fransawy pada pukul 8.15 am. Otw dari kuliah nak ke hospita. |
M1: Malas
Selalunya memang memerlukan mujahadah yang tinggi untuk keluar rumah seawal 6.45 pagi untuk menghadiri kuliah O&G Dr. Mahmoud Salem dan Paeditrics Dr. Ahmed Badr. 5 hari seminggu kelas bermula pada pukul 7 pagi dan habis lebih kurang pada jam 8 atau 8 suku.
Bergegas ke hospital Abou Risy atau Japanese Hospital untuk sesi tutorial dan klinikal yang berakhir sekitar jam 11.45 pagi. Kemudian terkejar-kejar untuk ke universiti semula untuk sesi kuliah dari jam 12 tengah hari sehingga 2.
Tak sempat makan, kalau lapar beli dekat kedai dan curi-curi makan dalam kelas. Kalau nak solat sebelum lecture mula, pasti akan terlambat sedikit masuk ke dewan kuliah. Padat.
Kadang-kadang jiwa rasa lemah, terutamanya kalau kelas 7 pagi selalunya susah nak faham apa-apa. Tapi memikirkan jika duduk di rumah akan menjadi kurang produktif maka gagahkan hati dan anggota untuk ke kelas. Pernah je keluar dari lecture tanpa faham apa-apa, tapi mengenangkan keberkatan berada di majlis ilmu maka sedaya-upaya akan menghadirkan diri walaupun selalu je down seusai sahaja habis kelas.
Teringat, Iylia pernah berpesan sewaktu saya malas-malas mengulang kaji pelajaran ketika di Tahun 3. "Usaha je la, mana tahu usaha dan mujahadah semasa malas tu yang Allah terima." Pesan yang ringkas, namun terngiang di relung jiwa sehingga hari ini. Terima kasih, sahabat :)
M2: Membaca
Bila kurang bermukabuku (saya deactivate FB Amiza Malik sementara), saya dapati saya mempunyai senggang waktu yang banyak. Barulah saya tahu masalah kesempitan waktu yang saya alami selama ini berpunca dari MukaBuku.
Jadi, masa yang selalunya saya luangkan dengan membaca status FB kawan-kawan atau mengusyar gambar graduation/tunang/kawen mereka (dan kemudian stress sehingga berhari-hari :P) saya gantikan dengan membaca. Alhamdulillah, dalam tempoh 2 minggu saya sudah berjaya menghabiskan 3 buah buku.
Cemburu dengan Puan Fathiyyah dan Cik Puteri Mira yang ada kindle. Takpe, saya boleh download buku PDF dari library haibat yang sang Matahari introduce dekat saya dan save di dalam laptop ataupun tablet. Hehe.
Mahu mencontohi Sayid Qutub, yang menyisihkan masa 10 jam untuk membaca. Imam Nawawi pula membaca 7 buah kitab sehari! Patutlah mereka mampu memberi sumbangan maksima di dalam bidang keilmuan masing-masing kerana luas pengetahuan. Teringat pepatah Arab yang bermaksud, "Mereka yang tidak mempunyai apa-apa tidak akan dapat memberi apa-apa."
Today is a reader, tomorrow is a leader :)
M3: Menimang cahaya mata
Tahniah kepada pasangan 20th generation yang pertama (Puan Ameerah Diana dan Encik Abdullah Khairi) di atas kelahiran cahaya mata mereka. Abdullah Al-Fateh bin Abdullah Khairi. Seronok ada anak buah batch. Semoga mujahid itu membesar sebagai anak yang soleh dan musleh :)
Akhir kata, salam hari Khamis untuk semua. Selamat bertebaran di hujung minggu untuk menegakkan kalimah al-haq di segenap penjuru. Harap semua yang berada di kawasan Tahrir ni menjaga diri memandangkan kawasan kita sudah diisytiharkan sebagai yellow zone. Haih, kejaaaaaaap je dah habis seminggu, kan?
Published with Blogger-droid v2.0.1


haik. kamu kan ada tab yang haibat tu. maaf cik miza. pg ni mmg tk larat nk pegi kelas peds. insya Allah minggu depan kita pi sama2