Kelas di bangunan bersebelahan Japanese Hospital habis awal hari ini, saya mengambil jalan biasa untuk ke universiti. Lalu di sebelah bangunan Kuliyyah Soidalah (Farmasi) dan menyeberang jalan dengan girang kerana jalan jammed teruk (maka senanglah melintas jalan!).
Lepas melintas jambatan cabang sungai Nil nampak makcik yang tak berkaki menjual tisu. Jam menunjukkan jam 11.45 pagi, maka saya berjalan sambil snap gambar secara rawak.
![]() |
| Melintas dengan ceria di celah-celah kereta yang statik. Hihi |
Setiap hari nampak je makcik ni gigih menjual tisu dari satu kereta ke kereta yang lain. Menjengah-jengah ke tingkap dan mempromosi kotak-kotak tisu yang diusungnya. Tabah sungguh.
![]() |
| Makcik tisu pakai hat biru. Beliau tidak berkaki. |
Jalan ke hadapan sedikit ada pakcik (kalau tak silap) berbaring di antara pembahagi jalan. Berselubung penuh dengan lihaf (selimut tebal berbulu-bulu, sebab tu tak perasan lelaki ke perempuan). Tidur nyenyak tanpa sedikit pun terganggu dengan kemacetan jalan raya.
Fenomena biasa dilihat di kota Kaherah ini. Kedaifan disaksikan di merata-rata. Yang mengkagumkan saya, walau seteruk mana pun kehidupan mereka, mereka tetap berusaha mencari rezeki menggunakan kudrat yang mereka ada.
Kalau cacat, dengan terhincut-hincut itulah mereka keluar masuk gerabak metro mengusung barang jualan untuk berjual di dalam gerabak kepada para penumpang.
Kalau buta, teraba-raba lah bergerak ke sana ke mari mengedarkan pamplet zikir atau kertas fadhilat bersedekah.
Kalau perempuan ada baby tu dibedung anaknya dan diikat di bahagian hadapan lalu diusung menaiki bas/metro sambil berjual gula-gula, getah rambut, stokin dan macam-macam barang menarik yang lain lagi.
Macam-macam mereka lakukan demi memastikan perut pada hari itu diisi. Walaupun dalam serba keterbatasan dan kekurangan kudrat, mereka tetap melakukan untuk meneruskan keberlangsungan hidup.
Belum lagi diceritakan tentang membuat lebih dari satu pekerjaan. Kebanyakan pemandu teksi di sini rupa-rupanya melakukan pekerjaan lain di waktu siang, dan selepas waktu pejabat mereka menjadi pemandu sehingga menjelang tengah malam.
Pernah terjumpa seorang pemandu teksi berusia lebih kurang awal 20-an, fasih berbangsa Inggeris dan begitu peramah orangnya. Saya ternampak buku tebal tajuk-apa-ntah di atas dashboard berserta buku nota dan kotak pensel. Rupanya setelah disoal siasat pemandu teksi tersebut merupakan pelajar Kuliyyah Handasah (Engineering) Universiti Kaherah.
Kagum kagum kagum.
Masa mula-mula sampai Mesir agak depressed dengan keadaannya yang serba kurang. Walaupun para senior telah berulang kali mengingatkan 'always expect the worst' namun perasaan terkejut itu masih tidak dapat disembunyikan.
22.9% rakyat hidup di bawah taraf kemiskinan
29.6% rakyat buta huruf
750 ribu homeless people
sumber: https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/eg.html
Perkara yang sama si budak comel mengadu ketika beliau mula-mula sampai di India. Hari-hari beliau whine and complain tentang sistem di sana yang ala-ala Mesir (sistemnya adalah tidak bersistem), kesusahahan penduduk tempatan dan macam-macam kekurangan yang bagi saya amat mirip dengan situasi di Mesir.
Ayat famous si budak comel lontarkan,
"Straight A aku ni dapat bawa aku gi sini je. Cuba tengok budak yang amek education under scholar MOHE, dulu takde lah excel sangat pun masa SPM dapat pergi negara macam UK ke Aussie ke NZ ke, kita stuck kat tempat macam Mesir dan India ni"
Ketawa pecah di antara kami, saya tahu beliau sedang tertekan. Kalau nak diikutkan natijah peperiksaan itu memang tidak dapat membawa kita ke mana-mana pun. Apa yang dapat memberi pulangan kepuasan kepada kita adalah, jika usaha kita kepada mencapai straight A dipandang Allah.
Apapun, walau sebanyak mana pun kekurangan Mesir di mata anda (atau saya sendiri), di lubuk hati ini sudah ada keterikatan perasaan yang terjalin di antara saya dan bumi Harun dan Musa ini. Bak kata orang muda, semakin hari semakin cinta :)
Sungguh, di mana kita diletakkan, di situlah posisi terbaik untuk
pentabiyahan diri kita. Jangan mengeluh kerana tercampaknya kita di sini dan situ
pasti ada hikmahnya.
Yang penting, sejauh mana kita
boleh membuka hati untuk sentiasa positif dalam memandang kehidupan dan
mengekstrak ibrah untuk mengkayakan pengalaman.
Terima kasih Kaherah, kerana mengajarkanku walau seteruk mana pun keadaan, kehidupan mesti diteruskan.
P/s: Sedih baca cerita-ceriti kat SINI. Apa yang dapat saya bantu satu hari nanti?
Maaf nak menyimpang sikit, jemput tengok ucapan dasar yang emosional perhimpunan kakak dan makcik berkepalatudung merah ni untuk meninjau mentaliti mereka. Tak tahulah nak sebak ke nak kecewa ke nak meroyan tahan ketawa ke apa bila tengok video ni.
Secara psikologinya. orang yang tidak mempunyai kekuatan akan menonjolkan kelemahan orang lain untuk nampak hebat, betul tak? Yelah, walaupun telah tumpas di tangan Izzah di Pantai Dalam (tapi still jadi menteri, not bad whattt) kehidupan mesti diteruskan.
Haihhh. Tengoklah (dan enjoylah) video ni dan nilai dengan akal.*Tepuk dahi kuat-kuat* Haihhhhhh dan haihh lagii........mari beristighfar panjang!
****
Maaf nak menyimpang sikit, jemput tengok ucapan dasar yang emosional perhimpunan kakak dan makcik ber
Secara psikologinya. orang yang tidak mempunyai kekuatan akan menonjolkan kelemahan orang lain untuk nampak hebat, betul tak? Yelah, walaupun telah tumpas di tangan Izzah di Pantai Dalam (tapi still jadi menteri, not bad whattt) kehidupan mesti diteruskan.
Haihhh. Tengoklah (dan enjoylah) video ni dan nilai dengan akal.*Tepuk dahi kuat-kuat* Haihhhhhh dan haihh lagii........mari beristighfar panjang!




erkk...sesak nafas tengok video..
saya mengabdikan diri kepada siapa?
ayu, bila nti nk naik jadi menteri?