Hari ni nak share satu video tentang telefon bimbit Nokia yang bagi saya sangat cool serta haibat. Bentuknya elliptical, flexible dan boleh dipusing-pusing. Saksikan review telefon bimbit berteknologi
Best kan?
Bila kita nampak gadgets yang mantap, bangunan yang sophistikated, perisian yang canggih , lukisan yang lawa, kek velvet yang sedap dan apa-apa juga perkara yang out standing, pasti kita akan terdetik, siapalah makhluk yang hebat sangat to come up with this great amazing idea. Pastinya kita tercari-cari penciptanya kerana pastinya orang itu bukan calang-calang orang yang boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Tapi apabila kita mendongak ke langit memerhati birunya dada angkasa dengan gumpalan awan putih yang tergantung, selalu tak kita teringat (atau tercari-cari) siapa yang menciptakannya?
Bila makan buah yang beraneka jenis tu ada tak kita terfikirkan siapa lah yang menghasilkan buah yang pelbagai- nenas, durian, mangga, peach, stawberri, kurma dan lain-lain? Semua buah berasal dari tanah yang sama, disirami air yang berkomposisi 2 molekul hidrogen dan 1 oksigen tapi macam mana boleh buah tu ada macam-macam rasa-kelat, manis, juicy, masam dan macam-macam bentuk, rupa dan warna?
Just look into ourselves, betapa perfectnya penciptaan kita. Kalau fikir-fikirkan balik, sewaktu kita membesar dalam uterus dulu,kita pada asalnya membahagi dari 2 sel (sperma dan ovum) lantas berkembang menjadi sel-sel yang lain.
Bayangkan eh, semasa sel-sel tu develop, macam mana sel-sel tu tahu dia tu kena jadi apa? Kena jadi sel mata ke, sel usus ke, lining almentary tract ke? Kalaulah dia tu sel untuk hidung, macam mana sel tu tahu nak pergi mana sedangkan sel tu sendiri tak tahu hidung tu kat mana? Bukannya ada GPS untuk tunjuk jalan. Tapi ada Allah yang mengatur segala perjalanan.
Subhanallah subhanallah walillahil hamd. Banyak-banyakkan lah tadabur juzuk 30 tu sebab banyak sangat Allah minta kita fikir dan renung-renungkan hakikat kejadian dri dan alam ini.
***
Bila buat revision pasal breastfeeding, hati saya tak putus-putus berasa kagum dengan keistimewaan susu ibu. Senarai kelebihan susu ibu ni boleh dibaca di SINI. Yang paling saya takjub sekali adalah komposisi susu ibu ni akan berubah mengikut keperluan bayi supaya bersesuaian dengan keperluan bayi tersebut semasa membesar.
Subhanallah subhanallah walillahil hamd. Sesngguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Haih paediatrics, semakin hari semakin cinta :)

marilah menjadi pediatrician! ^^
(ku tengah bc subjek 'org perempuan')