Cakarandom

13 November 2011


In a not-too-distant future when the aging gene has been switched off, people must pay to stay alive. To avoid overpopulation, time has become the currency and the way people pay for luxuries and necessities. 

The rich can live forever, while the rest try to negotiate for their immortality. A poor young man is accused of murder when he inherits a fortune of time from a dead upper class man, though too late to help his mother from dying. He is forced to go on the run from a corrupt police force known as 'time keepers'. 



Saya terjumpa trailer ini di IMDb. Tak tahu sangat cerita ini pasal apa, jadi tak dapat nak syarah panjang tentang ibrah apa yang boleh diambil dari cerita ini macam yang saya buat selepas menonton Three Idiots dan Merong Mahawangsa.

Tapi dengan membaca description pendek di youtube dan menonton trailer selama 2.28 minit ini, membuatkan saya termenung sejenak bermuhasabah tentang masa.

Masa, makhluk Allah yang tiada kompromi dengan sesiapa sahaja. Tak boleh dibawa berbincang langsung untuk nego apa-apa dan duit yang banyak (tak seperti dalam cerita ini-orang kaya boleh beli masa to live longer) pun tak mampu nak menundukkan masa.

Bayangkan juga, kalau dekat tangan kita ada jam yang menunjukkan jangka hayat kita. Berapa tahun/bulan/hari/jam/minit/saat yang tinggal untuk kita hidup. Pastinya, kita akan jadi sangat kedekut dan berkira serta tak sanggup nak bazirkan masa dengan melakukan hal-hal yang tidak memberatkan mizan hasanat kelak.

Betullah orang kata, hargailah mereka yang meluangkan masa untuk kita sebab mereka memperuntukkan sesuatu yang tidak akan mereka dapat balik sampai bila-bila. Kalau orang bagi duit dekat kita, duit tu hilang sekejap je. Lepas scholarship masuk orang tu akan berduit balik. Tapi kalau orang spend masa dengan kita, they're irreversible.

Bila membebel tentang masa ni juga, saya teringat ada seorang ukhti berkongsi satu cerita tentang Allahyarhamah Bu Yoyoh. Kenal tak? kalau tak kenal tengok video bawah ni atau baca SINI.



Bu Yoyoh ni kalau dalam transport nak kemana-mana akan baca ma'thurat. Tak kisah la pagi ke petang ke malam ke ribut ke panas ke, beliau akan terus-terus berzikir sepanjang perjalanan. 

Kalau dah habis seround, akan ulang lagi. Dan kalau dah habis, ulang lagi. Begitulah seterusnya. Kalau kita, sekali baca dah penat dah. Takpun, kalau dah baca Ma'thurat sebelum keluar, taknak ulang dah dalam kenderaan.

Setakat ini sahaja perkongsian hari ini, saya perlu study subjek hari ni sebab dah janji :P

Oh sebelum terlupa. Jazakillah kepada Puan Fathiyyah kerana melapangkan waktunya untuk menemani saya ke kedai buku Diwan di Sakanat El-Maadi. Terima kasih juga sebab revive passion saya kepada Medik.

Seronok sangat dapat dating berdua makan lempeng buah-buahan bersalut coklat selepas sekian lama tak dapat duduk berbual hati ke hati. Semoga Allah ampunkan dosa saya sebab keluar berdua-duaan dengan isteri orang :P 

Fi amanillah =)








1 maklum balas:

  1. [fathiyyah] said...:

    apapun, rajin2 kan diri updet ourcollections! terima kasih ayu kerana hari ini. lenkali, ajak saya lagi kayh