'Siapa sayang ibu dia angkat tangan!'
Terus, sepuluh tangan lurus diangkat ke atas tanpa jeda.
Kenapa antunna sayang ibu antunna?
Sebab ibu lahirkan kita....sebab ibu mengandungkan kita....sebab ibu banyak berkorban untuk kita..sebab ibu jaga kita masa kita sakit...sebab ibu belikan baju cantik-cantik...sebab ibu masakkan makanan sedap-sedap untuk kita...tanpa ibu siapalah kita...the list goes on....
'Habis tu kalau anak yang ibu dia tak pelihara dia, tak sediakan keperluan dia tak perlu sayang ibu dia ke?'
Khali. Semua terdiam saling bertukar pandangan. Apa nak jawab ni?
Sepatutnya, above segala kebaikan, jasa dan budi ibu kita, kita kena sayang ibu kita sebab ALLAH SURUH!! Kerana senarai sebab-sebab kita sayang ibu kita hanya dikira sebagai pahala jika sandaran uatama kita adalah Allah.
Kalau kita sayang ibu kita sebab Allah suruh, even ibu kita jaga kita dengan baik pun tetap kita perlu sayang ibu kita.
Kalau kita sayang ibu kita sebab Allah suruh, jika ada arahan ibu kita bertentangan dengan suruhan Allah (nauzubillah) maka kita akan utamakan Allah dari ibu kita.
Get it? Get it?
Marilah menyayangi ibu bapa kita seikhlas hati :)
.......berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa
[ Al-‘Ankabut:8] [Al-baqarah:83] [Al-An’am: 151]
****
Bonda suka tanya saya satu soalan maut. Dari kecil sampai besar, diulang-ulang soalan yang sama.
'Adik sayang mak banyak mana?'
Setiap kali bonda mengajukan soalan tersebut, beberapa saat saya akan tersipu-sipu malu, muka merona merah., tersenyum simpul sebelum menjawab.
'Adik sayang mak banyak sepuluh!' meluncur jawapan penuh keyakinan sambil menunjukkan isyarat sepuluh jari dikembangkan di hadapan muka bonda. Itu jawapan umur budak 4 tahun.
'Banyak tu je? Sepuluh je??' Bonda mencebik seakan-akan kecewa.
Masa umur 4 tahun, bagi saya sepuluh tu yang paling banyak, sebab kanda nombor 3 hanya ajar saya membilang satu sampai sepuluh. Silibus nombor sebelas dan ke atas belum diajar lagi kepada saya pada ketika itu.
Down, jawapan tak menepati skema jawapan. Saya usaha lagi mencari jawapan yang terbaik.
Umur lima tahun, saya menonton berita yang melaporkan peristiwa banjir besar. Saya takjub melihat air yang banyak dan menenggelamkan kereta, rumah, binatang dan segala-galanya. Lalu saya membuat kesimpulan bahawa air itu banyak. Dengan penuh semangatnya saya mendapatkan bonda dan memberitahunya sesuatu
'Adik sayang mak sebanyak air laut, air sungai, air kolam dan air perigi!'
Bonda tergelak dengan telatah saya. Sambil mengusap-usap kepala saya, bonda membalas
'Kenapa tak campur air mata, air embun, air hujan, air lopak blablabla.....'
Down down down. Semua jawapan ada je bonda nak persoalkan. Bonda tak puas hati.
Macam-macam jawapan saya pernah bagi. Antaranya-
Adik sayang mak sebanyak kereta waktu jammed dekat Kuala Lumpur laa
(Ye lah, orang kampung kan, kagum tengok kereta banyak jammed lama masa pergi shopping KL)
Adik sayang mak sebanyak ukur lilit Matahari..
(Ni masa darjah 4, belajar Sains pasal Bumi, Matahari, Bulan)
dan yang paling terkini, balik evakuasi jawapan yang paling baru dikemas kini adalah-
'Adik sayang mak sebanyak hasil tambah peratusan protein dalam semua hemoglobin yang ada dalam darah semua manusia yang pernah hidup dari zaman Nabi Adam sampai hari kiamat....'
Dengan muka penuh bangga saya jawab, sebab bagi saya itulah jawapan yang terbaik yang pernah saya bagi. Lalu bonda menjawab-
'Hemoglobin tu apooo???'---baca dengan nada loghat negeri sembilan kayh
Arrrrrrrggggghhhhhhhh.........Down down down.....
P/s:
1) Zahirkan cinta sementara berkesempatan. Khadijah Al-Azhariyyah, cabaran satu bulan untuk awak :D
2) Kecik-kecik dah jadi sweet talker. Haih.
3) Happy becoming birthday, mak! (19 June). Takut tak sempat nak buat entri khas sebab masa tu dah sibuk periksa. Tahun lepas birthday bonda di musim World Cup, kanda nombor 4 bertunang pada tarikh tersebut, sebagai hadiah untuk bonda :D
4) Lagu SEMPURNA ini untuk bonda. Puan Fathiyyah promote masa dalam bas pulang dari Mansourah.
If u wanna know how much I miss u,
try to catch rain drops,
the ones u catch is how much u miss me,
and the ones u miss is how much I miss



kak ayu~