'Dik, kenapa pakai jam tangan kanan. Peliknya, kan dah susah nak buat kerja,'
Dia diam dan menatang pinggan berisi mee goreng basah kegemaran menuju meja paling hujung di satu sudut kantin. Matanya terasa kabur tiba-tiba digenangi air mata. Dia cepat-cepat angkat muka dan buat selamba. Kenapa orang sangat kisah tangan mana dia pakai jam? Bukan sekali dua dia pernah kena tegur dengan hujah yang sama. Dia menjadi sangat sensitif dengan isu ini kerana dia punya alasan kukuh mengapakah dia memakai jam di tangan kanan.

Ketika di dewan peperiksaan, dia memadam kesalahan-kesalahan yang dibuat di atas kertas peperiksaan. Dek terlalu cemas, dia memadam laju-laju dan tergopoh-gapah. 'Kraakkk...' bunyi kertas terkoyak mengganggu kosentrasi rakan berdekatan. Jam besi U2 nya telah tersangkut pada bucu kertas jawapan dan membelah kertas tersebut. Aduh, di saat-saat kecemasan ada saja perkara berlaku.
Dia angkat tangan cepat-cepat meminta Pengawas peperiksaan datang membawa kertas jawapan yang kosong menggantikan kertas koyak itu.
'Dik, kalau menulis tangan kanan lebih senang pakai jam di tangan kiri. Tak gitu?'
Wah, isu jam dan tangannya lagi. Berhari-hari dia murung. Dia benar-benar bengang. Satu hari dia duduk seorang diri menghadap Ensiklopedia Sains Disney Kegemarannya, abangnya datang dekat-dekat. Pelik kerana adik kecil itu menatap muka surat yang sama tapi mata tekun memandang buku yang terbuka.
'Ada masalah? Jiwa kacau?,' Sang Abang membuka bicara. Dia geleng-geleng kepala buat tak tahu. Badannya dikalihkan membelakangi Sang Abang tanda tak mahu diganggu. Sang Abang berlalu pergi dengan seribu kepelikan menerjah jiwa.
Setelah berfikir panjang, dia tekad, dia tak mahu nampak pelik (atau sebenarnya menjadi istimewa) lagi. Setelah bertahun-tahun dia memendam lara, dia rasa dia perlu berubah dan menjadi seperti orang kebanyakan. Dia takut untuk kelihatan berbeza, dia tak mahu dikata menongkah arus jadi dia perlu korbankan kebiasaan dirinya dan mengikut adat semasa. (Jika benar dia benar-benar tahu dan faham kenapa dia memakai jam di tangan kanan, adakah dia akan mudah tergugat dek kata-kata manusia sekeliling?)
Ketika awal-awal dia memakai jam tangan di tangan kiri, dia asyik tersilap menyelak lengan kurung tangan kanannya jika mahu mengintai waktu. Setiap kali dia tersilap melihat tangan kanan, panahan-panahan kata yang pernah dilontarkan menusuk jiwa. Dia berasa pedih dan dengan pantas dia beralih ke tangan kirinya, di mana situ letaknya jam tangan bagi kebanyakan orang.
Lama-lama dia sudah biasa memakai jam di tangan kiri, dan dia tidak kekok lagi. Orang ramai juga tidak sibuk-sibuk lagi tanya soalan-soalan merimaskan lagi.
'Pakai jam tangan kanan, kidal ke?'
'Tak susah ke nak tengok jam sambil menulis?'
'Tak susah ke nak tengok jam sambil menulis?'
dan seribu macam soalan membosankan. Mulut belanga boleh ditutup tapi mulut manusia, bagaimana pula? Jika anda memakai jam di tangan kanan, mungkin anda tahu bagaimana rasanya apabila dipersoalkan. Macamlah pemakaian jam di tangan kanan akan menjejaskan kehidupan alam semesta.
Kini tiada lagi suara-suara sumbang itu. Dia gembira, pada zahirnya kerana mampu menutup mulut masyarakat. Tapi di hatinya, tak siapa yang tahu.
Setiap kali ada makhluk yang memakai jam tangan di tangan kanan melintasinya, hatinya dipagut cemburu. Beraninya orang ini, untuk menjadi yang lain. Hebatnya dia, kerana mampu bertahan jika ada yang bertanya mengapa dan kenapa. Dia sedih kerana tidak punya kekuatan itu, tidak mahu dilabel istimewa, tidak tegar berada dalam lingkungan minoriti, tidak itu tidak ini dan macam-macam lagi.
Adakah mungkin, dia akan memakai jam tangan di tangan kanannya semula kerana dia telah jumpa kekuatan untuk dianggap lain dari yang lain. Pengalaman hidup yang cetek telah mematangkannya. Orang yang tersayang di sekeliling juga sudah bersedia untuk menjadi yang lain. Untuk sama-sama menjadi berbeza dan saling kuat-menguatkan tatkala dilambung ujian dan saling ingat-mengingatkan agar kita tidak larut dengan adat duniawi kerana HIDUP INI TAK PERNAH MUDAH.

Teima kasih, kerana bawa spark pada hari gloomy saya^^
.



23 comments:
ye sesama
ekeke
biarlah nak perasan di sini
jgn sibuk
ayu,
tadek salah pun pakai jam guna tgn kanan.sunah nabi kaaaan...
normal je
org2 yg betanya tu sme tak normal
Salam 'alaik..
Akak pun pakai jam kanan ;)
kenapa ye? sbb, ms kck fikir semua afdhal tangan kanan. Masa darjah 2/4 baru perasan majo pakai belah tgn kiri..cuba tukar, tapi dah tak selesa...
Best pe pakai jam kanan...tgh tulis2...kerling je tangan kanan, tak terdistract dgn tgn kiri.
Hehe..menjadi golongan yang sedikit dan pelik ;)
syukran 4 d entri. :)
assalamualaikum,
saye pun pki jam kat tangan kanan...
biasa je, lagipun orang akan nampak kita berbeza dari yang lain...
kan bagus ada identiti sendiri...
baru la nampak macam elite sikit...
kak ayu...
jgn la wisaw... saye maseh pakai jam kat tgn kanan... hihihihi..
tp tym exam bkk jgk coz amek kire pandangan org dan dengan fikiran waras saye trime idea orang itu (ganggu tym exam).. tp saye tetap memakai jam d tangan kanan... (~_^)
salam yu..
ust kat sekolah dulu penah cakap..pakai jam tangan kanan..sebab bile pandang tangan..buatkan kite teringat kat akhirat nnti dgn tangan kanan la kite nak ambil buku amal kite..insyaAllah..
(x tahu kesahihannye..juz sharing2..walaupun masih pakai jam tgn kiri..huhu)
Emm apa isunya ye? Isu memakai jam di tangan kanan atau to be different from others?
Kalau tentang jam di tangan kanan. Abang Kadir sendiri selalu bertukar-tukar memakai jam di kiri dan kanan. Tidak pernah tahu pula pakai jam di tangan kanan tu sunnah (mungkin bid'ah)cuma yang penting tujuan pemakaian jam tu tercapai.
To be different, rasanya yang terlebih penting adalah memastikan diri sentiasa berada di atas landasan Islam dan mematuhi syariatNya tanpa mengira adakah dirinya tergolong dalam kelompok minoriti atau majoriti.
Wallahu a'lam, sekadar cebisan fikiran.
ayu,
milah pon pkai tgn kanan.
ayu,
milah kidal, tpi cuba tulis 2-2 belah tangan.
ayu,
milah bdk JAIS.
ayu,
milah kawan amal.
(amal soh tulis)
ayu,
milah syg ayu
(dare to be different x? =P )
hihi..best2! ayu..the meaning lies behind..means a lot! arigato ne! ;)
Assalam...
Mybe my first time leaving comment here?
Nice article...
Mesejnya tersirat namun amat tepat jika dinilai oleh orang yang tepat.
Semoga terus menulis demi kebaikan ummat.
"Berbahagialah orang-orang yang 'dagang'(pelik)"
-umairzulkefli-
yuyu.
tgn peberet sy tgn kidal.
saya pakai jam tangan kanan.
period.
kakyuyu yg kiuttt,hehehe
sy kidal,dlu pkai jm pn kiri,x distract pn.hmm.tp tade jam tgn da skg[upcoming besday bole la bg.hahaha.jk]
[sje bwt gangguan pd kakyuyu yg kiuttt^.^]
salam,
Isunya pakai jam tangan kanan la ek, rasanya tak la salah pun dan tak melanggar syariah. Ok je, cuma mulut orang yang tak selesa.
Ingatkan tadi nak cerita pasal hadis ni
Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadith riwayat Muslim
Ghuraba...
@nawa:
halo nawa. all best for exam lagi 2 minggu ok.nnt kite men-spark kan hidup masing2 gn skype lepas exam. jgn tertekan.
@kak iman oz:
jzkk orang melben dtg jauh2 melawat.oh rmi rupanya tgn kanan. oh mula2 tukar mmg tak selesa tp terpaksa.prektis makes perfect.
@safrin:
time kaseh baca n folow blog ni.
@aniq:
awak pakai jam tgn kanan ke??4 thun akk buli awak masa debate tp x pasan plak.hihi baguslah meraikan org.
@syahidah:
menarik la.tgk tgn kanan igt akhirat.semoga kita tergolong dlm gologan ashabul yamin.
@abg kadir:
isu menjadi lain la abg.xkn nk tulis semata2 cerita pasal jam.haha.byk je metafora dlm entri ni.jzkk atas nasihat.
mmg tadek hadith nabi psl pki jam/cincin tgn mana.tp mebi sbb afdal kanan kot.
@milah:
alahai manjanya.love u too 3 4,smpi hbis number.
@kak iman tanta:
sama2 kak, ambillah mana2 yg baik. cuma tulisan skrg ni smkin emosi dan bersifat keperempuanan. C:
@umair:
jzkk drop komen. ghurabaa. perlu berani dan kuat.
@melon eskem:
tahu tahu.jgn panggil yuyu laa.mcm nama ikan peliharaan aje '-'
@dila:
terima kaseh buat bising kat sini ye cik adek manes. bilakah mungkin kita bertemu lagi?
@fais:
hihi.isu jam tgn bukan utama.ekstrakkan lah apa dapat dr sini.mahu bawa isu itu juga.tp mahu kupas cara santai dan main gaya bahasa sahaja.
yu,nak tulis komen macam yang kita borak smpai 2 pagi semalam, bukan semua org berani berdepan untuk melawan arus kan?
hehe
jom kita tengok ayat 5:54
tq yu
:)
Ammar Ehsan likes this post=)
aku pkai je jam tgn kanan..
x pena pon org tny..
ghehee~
@fathiyyah:
yeah main issues here
1)kalau nk tenang hidup kene pekakkan telinga dan keraskan hati. jgn takut nak buat apa2 selagi kita tahu itu selari dgn agama. Kalau fikir sgt apamorg ckp, smpi bila hidup tak kemana. mcm dr mahathir dulu, ms nak lancarkan proton. rmi gila mengata dia.skrg apa sudah jadi. kita boleh bangga dgn negara.
2)kena ada kefahaman yg jelas kenapa kita berbuat sesuatu. supaya jika di laser kita tetap kool. paling penting, setiap perbuatan kita, kita tahu nak jawab apa depan Allah.
3)Majoriti tak selalunya betul. Jadi kena berani lawan arus. Ghurabaa. Rasa nya tak perlu ulas panjang sbb semua ustaz ustazah belaka kan?
@ammar ehsan:
ayu amiza hopes ammar ehsan will fully recover from reoccurence of heart bleeding.ngeh3.be strong bro!
@fiqa sabb howt:
sbb orang tak pernah kisah kau mungkin? atau pun perangai pelik kau itu mmg dah lama jadi identiti. O rindu perempuan ini^^ sihat sayangku?
ayu,
tia kidal.
dr kecik,tetap pakai jam tgn kiri jugak.
hehe selama ni xpenh org tego pn..
dan xpnh rs ada masalah pn bila pakai jam di tgn yg sama dgn tgn kerja..
tpi bila ayu post mcmni bru tfikir..
interesting topic!
ayu akk pon pkai jam tgn kanan!hehehe...dan akk dnga tepon tinge kiri..
terbalik ngn orang..mmg kalo pkai jam tgn kiri xreti nak tgk..kekok btoll
radin tka2 tangan.. rdin jns x ske bukak jam.. kdg2 smpi seminggu.. jd sumhow irritating.. jd ble pki smpi tgn cm da mle reddish2 hottish, rdin tka belah ag satu.. *bad habit ke tuh?*
:D
ayu...
meh sini nak komen...
sy pakai jam tgn kiri.
tp kan, jam sy dah mati 3 mggu lepas.
cmne nie?? hoho...(skrg dh bulan 11, xsmpai 2 bln lg dh bulan 1 ) >.<
dah, semua org komen psl jam jek.
pape pun. lets dare 2 b different.
~aha. jam tangan ka?
~ayu, gja pakai jam tgn kiri. tp kat klas, kompem, mmg akan bukak jam tuh, boh dlm penselbox. abih klas pakai balik.
haha. rasa cam rimas lak ade mende duk melingkari tangan.
~kiri ke, kanan ke, not a big deal. yg big deal nye ialah mentaliti org kita yg sukar menerima kelainan... sume mende nak statik. bila la mau maju...aiyooo... (tetiba lak)
~nway, xperlu takut untuk menjadi lain drpd yg lain. selagi apa yg kita wat tu betul, juz do it, bebeh.
~hanya yg MAHU memahami je akan memahami.
Post a Comment