.

Penghitungan terperinci

Nota kepala: Ini cerita bergambar. sila klik pada setiap gambar untuk tumbesaran dan paparan yang lebih jelas supaya lebih mudah untuk anda fahami apa yang cuba saya ceritakan.


Hamdallah, segala puji bagi Allah yang menghidupkan setelah mematikan (saya baru bangun tidur), yang memudahkan perjalanan KL-Melbourne-Auckland-Melbourne (saya di Australia, sedang menunggu masa untuk bertolak ke Philips Island untuk bermesra dengan penguin dan kanggaru), yang menyatukan hati-hati yang telah terpisah dek tuntutan ilmu (saya ziarah Zahra dan Shadam di sini) dan di atas segala nikmat yang tak terhitung.

Semalam, sesampai sahaja di Melbourne kami disambut oleh Zahra(kwn kenal masa debate HKSBP dulu-dulu), Kak Dati dan Kak Aisyah Adam(kakak Shahida Adam). Kerana kami tiba lebih awal dari waktu yang kami mau'id kan, kami berkesempatan membeli Krispy Creme doughnut (ada orang mengidam dari hari tu lagi...hehe) sebagai buah tangan untuk kakak-kakak tersayang.

Terharu dengan layanan dan sambutan penuh mesra yang ditunjukkan oleh semua. Tak rasa asing, walau setelah bertahun tidak berjumpa, namun kami tak rasa kekok. Untuk yang baru bertemu, kemesraan kita seolah-olah kita telah kenal lama. Saya seronok mengusik, menyakat dan diusik, disakat. Gembira betul malam tadi. Bibir saya tak lekang menguntum senyum.

Dik, terima kasih sangat-sangat. Kakak-kakak, terima kasih sangat-sangat. Tuhan yang Maha baik, aku bersyukur atas nikmat ukhuwwah yang Kau takdirkan dan jadikanlah pertemuan kami ini satu pertemuan yang membenihkan lagi rasa cinta kepadaMu.

Beralih kepada cerita-cerita perjalanan kami. Untuk masuk ke negara Australia dan New Zealand adalah leceh terutamanya kami perlu 'declare' barang makanan, animal products, plant products,senjata dan lain-lain. Segala macam soalan di tanya pada immagration card. Sebagai seorang yang telah terbiasa dengan sistem ala kadar Mesir, saya berasa agak rimas dengan polisi ketat di kedua-dua negara. Semua ini adalah untuk menjaga kebersihan dan kualiti kesihatan di kedua-dua negara.

cuba klik pada kedua-dua gambar dan baca soalan-soalannya. terperinci kan? Lepas tu mereka punggah beg kami T.T penat saya kemas lawa-lawa.

Mereka tanya macam-macam pasal jeruk mangga dan betik yang saya bawa untuk akak-akak. Mereka teliti tin sardin yang Nusaibah bawa untuk akak-akak. Cuak juga kalau tak lepas. Mula-mula kami ingat malas declare barang-barang makanan kami, tapi mengenangkan menipu itu dosa dan jika kantoi akan didenda sebanyak $200 sehingga $100 000 maka kami pun bersabar melalui prosedur yang melecehkan itu.





Mat Toleh (bukan Salih ye, mereka tidak salih) menguap kerana bosan menanti giliran untuk diperiksa. Kami juga berasa bosan menunggu lalu saya habiskan masa menangkap gambar menggunakan kamera haibat ayah Nusaibah.hehe..

Apabila saya membaca Al-quran untuk membaca surah Kahfi, saya terbaca ayat 49.

dan diletakkan kitab(catatan amal) lalu engaku melihat mereka yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata 'Betapa celakanya kami, kitab apakah ini, TIDAK ADA YANG TERTINGGAL, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya' dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan(tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.

oh ayat ini sangat keras bagi saya, siap dengan dialog orang-orang yang berdosa lagi. Saya terkaku seketika selepas membaca ini, sekiranya kami berasa cuak dan cemas ketika barang-barang kami diperiksa, bagaimana agaknya nanti di hadapan Allah? Ke mana nak disorok dosa-dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi di belakang manusia?

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). Insyiqaq 84:6

dan bagi orang-orang yang melakukan amal soleh di dunia, kesudahan yang baik bagi mereka

Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.Insyiqaq 84:7-9

dan celakalah manusia yan hidupnya dipenuhi dengan dosa.

Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Insyiqaq 84:10-12

ini adalah balasan bagi mereka yang-

Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
Insyiqaq 84: 13-15

Saya tinggalkan entri kali ini dengan meminta sekalian pambaca blog untuk bermuhasabah diri. renung-renung dan fikir-fikir. JOM BERSEDIA UNTUK DIHITUNG BILA-BILA MASA!

salam sayang~

[amiza malik]
Lygon Street, Carlton, Victoria.

.

2 comments:

:::cebisanhatiku::: said...

Salam dik kecek..
hehe..
mai datang jepun mai..
rasakan kestrictan kastam mereka.
hoho...(tapi,bg sy ni..biasa je la..hehe)

Beringat2 lah sesama kita sebelum sampai masa dihitung segalanya~

Kalau kat eport,jika overweight kena bayar denda.
kurang ,takpe.
Tapi,kat sana nanti,kalau kurang tu la yang nak kena denda tu..
overweight ,takpe..
hehehe....jom renung sampai julinG...^_-

orang mengidam~~ said...

hihi..betul tu, biar jgn kurang, lebih saaaaaangaaat la baguss!~

sudah smpai masanya utk kita refleksi diri, muhasabah sebanyak mgkn diri sendiri dulu, sblm muhasabah kerja d&t=)