Amaran: Entri ini mengandungi dos kekeluargaan(pertama kali di HI ya) yang dibenarkan. Mungkin ahli keluarga, bakal keluarga dan teman-teman rapat sahaja berminat untuk meneruskan bacaan.
Lagu ini didedikasikan oleh alang (abang saya, anak ketiga dalam keluarga) . Pertama kali dengar dalam kereta ketika pulang dari Penang, saya tergelak-gelak. Kali kedua ketika hari raya aidilfitri di Malaysia yang lalu pun masih tergelak-gelak malu. Tapi bila dengar lagi tatkala Cairo meriah menanti aidul adha, rasa sayu pula bila diulang-ulang.
Mesej dari lagu ini sangat jelas. Abang-abang saya (baca: wali-wali) tidak membenarkan saya kahwin awal C: hahaha. Kidding. Apapun, lagu ini sangat sweet. Adik sangat suka! Cuba kawan-kawan dengar sampai habis, pasti terguling ketawa.
p/s: terharu. bila pujuk rayu kita dipertimbangkan. terima kasih sayang.
Golden Day, day 7. So how's ur mutabaah amal? Let's try our best in this 10 days!
The greatest worship of the ten days is remembering Allah. That’s why the prophet guided us to it "The most excellent words are four: Glory be to God (Subhan Allah); Praise be to God (Al-Hamdu Lillah); there is no god but God (La ilaha illa-llah); and God is most great (Allahu Akbar)."
Abu el Dardaa’ used to say: Those who wet their tongues by remembering and mentioning Allah enter paradise laughing
>.< ^.^ =.=
Just a quick and simple update of a few random pictures. Hope you enjoy 'em
Regarding gay and lesbian parenting :-O
Regarding travelling C:
Islamic Banking = solution of economy crisis
True, true! US = The world order a.k.a ustaziyatul alam [at this moment]
Who can clarify this picture? I dun haf any comment about it =(
Salam ayu, sori ganggu. bila aku terbaca ur previous ym status, aku memang sangat3 suprisd, coz u hyperlinkd it with http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Harun_a.s. acteli back in high school, aku dulu pun pernah buat camni, so curious about everything, smpai tahap search TAFSIR AL-QUR’AN pun mintak bantuan Prof. Wikipedia, jahiliyah betul during that time, n aku kena fire directly ngan ayah aku bila terkantoi... btw, in ur case, bila aku baca explanation prof. Wiki on nabi Harun dalam melayu n indon cam xde nothing wrong jer... cumanya kalo nak search kat tenet on Islam or whatever related 2 it.... asking prof. Wiki should be d last option sebenarnya... coz sapa2 jer bleh tulis dlm wiki tu kan? N kalo ko tengok baik2 kat version nabi harun melayu n indon, dia xde tunjk any authentic refernc
2:59 PM
11/23
BUT... kalo kita explore lagi kat wiki... kalo dalam English version dia ada tunjk refrnce www.zainab.org n kalo ko g usha2 website tu, acteli its a shi’a website... version arab punya plak lagi dahsyat, dia siap tulis narration on nabi Harun from bible; siap bgtau yg. kononnya (na’uzubillah) nabi Harun yg. urge bani Israel untk buat tuhan sapi n bila ditanya nabi Musa dia kononnya (na’uzubillah) fitnah Samiri... (ntah siapa ah yg. tulis version arab tuh) jadi cuba ko bayngkan bila ko promot such info pada sumorang dlm ur ym list... n ko even ajak “Jom baca kisah lelaki2 agung ini”, means pada pandgn aku macam ko urge others untk explore on 25 rasul dgn. bantuan prof. Wiki.... ish... xbleh bayang aku impak dia... horrific...
3:01 PM
11/23
n kalo ada jugak org. yg. bukak n ada yg. interested untk xplore Wikipedia lebey2... akan terexpose ah diorang pada benda2 ngarut on Islam, kalo iman + ilmu ciput jer, habis ah depa smua kena brainwash, n mayb ada potensi jadi Liberal Muslim... moral: next time if u want 2 search about ulum Islami on d internet, b careful... TETAPI... pada pndpt aku kalo nak tanya prof. Wikipedia pasal sejarah i.e. Perang Salib, mayb bleh lagi kot baca2 tapi still kena pandai2 filter... -maaf kalo ko kecik ati ngan teguran ni, may Allah bless u.-
**************************
Fuh, terlepas pandang. Minta maaf dekat semua ya. Nasib baik ada yang sudi menegur. Jzkk akh! May Allah bless u too!! Sebenarnya takut/segan juga nak share offline msg ni dekat sini sebab nanti akan ada yang fitnah saya belajar tak berguru, pakai ustaz google aja. haha. Tapi bila fikir balik, lebih baik mengaku yang dah terbuat silap malam tadi agar semua ambil iktibar dan harap sangat dapat berkongsi kebaikan dengan semua.
Teguran ini juga, untuk siapa-siapa yang suka forwardkan tazkirah-tazkirah secara mass message di YM atau emel serta sms. Sila kaji dahulu semua perkara, jika disertakan hadith atau ayat quran, semak terlebih dahulu sebelum menyebarkannya. Teringat ustaz pernah marah orang-orang yang suka forward tazkirah tanpa mengkaji sumbernya. Ingat, kita perlu teliti dan sensitif!!
P/s: Pengajaran berharga. Senangnya hidup apabila jika terbuat silap, ada yang menegur! :D
Saya tiba. Sudah ada beberapa orang budak Malaysia, termasuk beberapa muka yang saya kenali. Adik-adik Tahun 1, kawan-kawan satu batch telah ada yang tiba dahulu dari saya. Apabila makcik di Mugamma' melihat kebanjiran pelajar Malaysia, mulalah dia bising-bising. Silap sikit pun tak boleh, saya sendiri terpaksa berulang 2 kali ke Syu'un Tulab. Pertama, untuk menulis tarikh. Kedua, untuk cop di sebelah tarikh itu selepas membuat pembetulan.
Kerani di Syu'un Tulab tertawa, kerana hal sekecil itu pun makcik Mugamma' tu nak marah-marah dan menolak untuk memproses borang kami. Dikatakan, orang-orang di Mugamma' baik dengan semua orang kecuali rakyat Malaysia. Bak kata Onee kami dilayan sehina keldai. Dijerit pekik sesuka hati, ditolak mentah-mentah setelah penat datang berlari-lari. Sebenarnya, mereka memang tidak boleh melihat satu gerombolan datang, malas nak proses banyak-banyak itu semua. Haih, bilalah nak maju kalau begini amalannya? Boleh baca rintihan hatinya di AHSAN NAS.
Setelah 4 jam bersusah payah(saya berulang ke uni sekali sahaja, kali kedua tak larat, duduk terjelepuk dekat depan Mugamma' sebelum dihalau oleh AMAN MARKAZI sehinggalah bantuan kemanusiaan dari AimiAthirah tiba), akhirnya giliran saya untuk berurusan d kaunter tiba. Malang sekali, makcik itu bertempik dengan sepenuh daya dan tenaga 'Tak mahu lagi menerima pelajar Malaysia, dah balik-balik. Datang ramai-ramai satu bas buat apa?'
Diskriminasi gila?!! Kenapa tak nak melapangkan sesama manusia, Muslim pula tu!
Cerita 2
Kami dah bersetuju untuk bayar LE 15 untuk perjalanan dari Mounira ke Rab'ah. Mula-mula dia tak mahu (walhal itu harga standard) tapi apabila kami mula jual mahal dia kata masyi (ok) pula. Tapi sampai destinasi dia ketuk LE 25 atas alasan jalan sesak. Tolonglah, gaduh-gaduh tak guna, sekali dia keluar dari teksi mahu pukul lain pula caritanya. Memang bengang, apatah lagi ini bukan kali pertama.
Cerita 3
Ada orang dahaga selepas penat tawaf Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi. Merengek-rengek minta mahu air. Pergilah menjengah ke gerai yang ada, minta air mineral dan dibayar dengan harga agak mahal sedikit jika dibeli di luar. Biasalah, tempat pelancongan memang suka mark up barang harga tinggi-tinggi. Biasa air mineral di kedai harga LE 1.50 dan di situ LE 5.
Sebelum bergerak mencari tempat duduk, terdengar perbualan pelancong orang putih bertanya harga air coca-cola. Ya Allah, pakcik itu mintak USD 5=LE 27! Melampau gila. Apabila ditanya, dikatakan orang kepada orang Muslim perlu dijual murah, pada orang kafir juallah mahal. Orang kafir kan jahat! @.@
Terfikir, jika dalam pelancong orang putih itu tahu dia diperbodohkan tahap begitu, apakah agaknya tanggapan mereka terhadap umat Islam agaknya? Umat Islam suka mengambil kesempatan, menipu dan tidak adil pada sesama manusia!
Saya teringat pengalaman di Ireland, Australia, dan New Zealand. Belum pernah ada kena tipu teksi, belum pernah didesak atau dimarahi ketika membeli belah (tak macam di Hussain), belum pernah diherdik ditengking dimalukan sebegitu rupa. Tempat-tempatnya sangat bersih, tiada sampah-sampah berterabur di jalan raya. Hidup kelihatan penuh sistematik dan bersistem (macam di City Stars dan Sharm El Sheikh). Penuh senyum dan sapa mesra. Islam diamalkan di negara bukan Islam!! dan sebaliknya pula berlaku di negara Islam ini.
Ini sangat berbahaya, kerana umat Islam(baca:kita) menjadi fitnah kepada agama kita sendiri. Apabila kita hanya Islam pada nama, bukan pada perlakuan, pakaian, akhlak dan sebagainya kita akan menjadi contoh-contoh negatif yang memberikan gambaran yang sangat buruk kepada orang bukan Islam.
Terkenang cerita Slumdog Millionaire, dipaparkan orang-orang Hindu menyerang perkampungan Islam dan membunuh mereka sesuka hati sebagai tanda protes dengan pemerintahan Islam yang menindas orang Hindu pada ketika itu. Kesan daripada pengabaian Islam oleh pemerintah pada zaman itu, orang Hindu tidak percaya pada Islam. Sepatutnya kafir zimmi mendapat hak yang sepatutnya. Hal ini juga ada disebut di dalam buku karangan Al-Maududi, Human Rights in Islam:
"...when we speak of human rights in Islam we really mean that these rights have been granted by God; they have not been granted by any king or by any legislative assembly. The rights granted by the kings or the legislative assemblies, can also be withdrawn in the same manner in which they are conferred. The same is the case with the rights accepted and recognized by the dictators. They can confer them when they please and withdraw them when they wish; and they can openly violate them when they like. But since in Islam human rights have been conferred by God, no legislative assembly in the world, or any government on earth has the right or authority to make any amendment or change in the rights conferred by God. No one has the right to abrogate them or withdraw them. Nor are they the basic human rights which are conferred on paper for the sake of show and exhibition and denied in actual life when the show is over. Nor are they like philosophical concepts which have no sanctions behind them."
Maka kawan-kawan, marilah mencerminkan Islam di dalam diri kita. islam sebagai kata sifat, bukan sebagai kata nama. Jangan jadi umat Islam yang membawa imej buruk dan menjauhkan orang-orang bukan Islam daripada mengenali Deen ini. Kerana kita tak menghayati dan mengamalkan Islam dengan sewajarnya, maka wujudlah golongan Islamophobia di dunia.
[serius, kartun ini memang melabel Islam itu satu keganasan, dan Muslim itu pengganas]
[siapakah pengganas tapi kelihatan seperti so-called hero sebenarnya?]
Saya teringin benar (semenjak minggu lepas) untuk berbicara tentang beberapa perkara dan perancangan hidup saya. Tapi terbantut kerana kebanyakannya bersifat peribadi (ada juga yang sangat sangat peribadi atau terlampau sensitif jika dibaca oleh masyarakat umum). Sebenarnya tak tahu nak menulis dekat blog yang mana. Ahsan Nas, Mari Jadi Baik, Escapisme, Bukan Bacaan Umum, Kami Besprens atau blog XXX(tak pernah reveal dekat siapa-siapa)?
Masalah lain, usaha untuk menterjemahkan cerita kisah benar itu kepada bahasa-bahasa abstrak (supaya tidak obvious cerita itu kisah hidup saya,konflik harian saya) seakan-akan terbantut. Kekangan masa turut menyekat tarian jemari di atas papan kekunci ini. Jika pandai melukis, tentu saya hamburkan idea-idea tersebut dalam bentuk lukisan comel-comel macam Kak Nor Hikari dan Ihsang buat.
[mesti ramai bloggers rasa nak tutup blog aja bila kering idea nak menulis, kan?]
[tahap kering idea saya taklah sampai terpaksa mencari isu tahap macam ni]
Takpalah, biar saya tulis tajuk besar, jika saya ada masa saya akan cuba untuk berkongsi rasa. Draft dah siap dalam kepala. Banyak, anda mahu saya tulis yang mana dulu? Tak tahulah dekat blog mana nanti saya tulis.
1) Ketagihan MukaBuku: Perkongsian tips untuk mengatasinya 2) Suburkan cinta pada kekurangan yang ada 3) Doktrinisasi fikrah. Jangan jadi lembu dicucuk hidung 4) Antara esok dan hari ini, antara realiti dan harapan, antara risiko dan keberanian
Saya tahu, mungkin ada yang bakal bertanya (atau telah) tiadakah entri sempena Dr Asri, boikot BTN, PRU 13 atau paling kurang Kota Siputeh? Maaf, saya susah nak menulis on request.
[tips berguna untuk penulis-penulis. klik pada gambar untuk tatapan jelas]
Apa-apa pun, fokus 10 awal Zulhijjah dahulu. Saya harap, 10 hari ini lebih bermakna dari tahun lepas, penyeksaan perasaan semakin berkurang, penghayatan korban dapat ditingkatkan dan sebagai persediaan untuk menghadapi [sesuatu yg besar] ((permudahkan kami ya Allah)) pada raya haji tahun hadapan .
Jadi, ikhwah akhawat yang dirahmati Allah sekalian, mari kita rebut peluang keemasan ini.
To know more about the 10 Days and the Day Arafa, Please check these Links: Thanks to Muslim sisters group in Facebook, for sharing =)
Untuk orang yang sedang meniti hari-hari terakhir sebagai mahasiswa undergraduate luar negara, tahniah diucapkan. Selamat berbakti untuk nusa dan bangsa. Cepat-cepatlah pulang >.<
Saya baru tahu ada format baru UPSR BM Karangan. Untuk bahagian A, murid-murid diminta untuk membuat 5 ayat berdasarkan satu gambar. Jadi, hari ini, saya nak cuba buat latih tubi sebab nak mengasah bakat bahasa.
Sila beri perhatian pada gambar di bawah, kalau tak cukup jelas klik-lah pada gambar untuk tumbesarannya ya:
Ok, mari kita mulakan.
1- Gambar di atas menunjukkan satu gambar yang tepat untuk menggambarkan suasana pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir, baik di dalam bidang Perubatan ataupun agama.
2- Kita boleh perhatikan, ada peninju di dalam gelanggang. Pergaduhan yang diwariskan dari zaman lepas Perang 6 Oktober sehingga kini semakin hangat. Masih di takuk lama.
3- Adik A, mempamerkan muka ketat dek bosan dan letih dengan sikap sesetengah pasukan yang tidak habis-habis bergaduh dan mencari salah orang lain. Semangat kemahasiswaannya bakal luntur, kiblatnya akan bertukar. Dia merasakan tanggungjawab utamanya untuk datang ke Mesir adalah untuk bawa pulang segulung ijazahnya sahaja.
4- Adik B dengan penuh taksub menyokong pasukan kegemarannya dan memberi komen-komen verbal, tekstual atau apa-apa saja medium dengan lantang dari luar gelanggang. Selagi tidak mencaci dan setiap justifikasi yang dihujahkan berunsur ilmiah dan tidak emosi, ia adalah dibenarkan.
5- Adik C ketakutan dengan ragam dunia, menutup mata rapat-rapat, kemudian mungkin dia pulang ke rumah dan menonton cerita Korea sambil berendam air mata untuk meghilang rusuh di hatinya. Atau mungkin dia akan ke Qahwah Layali Mounira untuk bershisha barang se-pam dua dan kemudian bersorak 'Ya Rabb, lil Misr binnasr' tatkala Mesir menang bola.
Sekarang sudah bertukar ke id YM baru. Tidak akan menggunakan lagi id starfiey. Id baru saya ialah ayuamiza. Sebenarnya telah cuba berpindah sedikit demi sedikit dari bulan Mei lepas, tapi disebabkan banyak masalah apabila menggunakan id baru, maka saya masih menggunakan kedua-dua id. Sesiapa yang belum saya tambah ke dalam senarai rakan, boleh add saya sendiri. Sila nyatakan nama dan dari mana untuk memudahkan penyusunan contact ke dalam kategori yang sewajarnya. Anonymous tidak akan dilayan. Jika kita tak pernah kenal, tapi ingin add saya juga tidak menjadi masalah asalkan anda memperkenalkan diri.
Saya ada 30 pembahagian kumpulan. Untuk mesir saja ada 10 kategori. Untuk kawan sekolah saja ada 5. haha.
***********
jujurlah padaku, bila kau tak lagi cinta. tinggalkan lah aku, bila tak mungkin bersama.
Sudah lama dia beratur panjang untuk membeli makanan di kantin. Sampai gilirannya untuk membayar harga makanan dan minuman, dia memasukkan tangan kanannya ke dalam poket. Terkial-kial dia mengeluarkan duit kerana jam tangan Casio Women's Baby-G Slim Marine Watch merahnya yang besar itu tersekat. Makcik kantin menegur,
'Dik, kenapa pakai jam tangan kanan. Peliknya, kan dah susah nak buat kerja,'
Dia diam dan menatang pinggan berisi mee goreng basah kegemaran menuju meja paling hujung di satu sudut kantin. Matanya terasa kabur tiba-tiba digenangi air mata. Dia cepat-cepat angkat muka dan buat selamba. Kenapa orang sangat kisah tangan mana dia pakai jam? Bukan sekali dua dia pernah kena tegur dengan hujah yang sama. Dia menjadi sangat sensitif dengan isu ini kerana dia punya alasan kukuh mengapakah dia memakai jam di tangan kanan.
Ketika di dewan peperiksaan, dia memadam kesalahan-kesalahan yang dibuat di atas kertas peperiksaan. Dek terlalu cemas, dia memadam laju-laju dan tergopoh-gapah. 'Kraakkk...' bunyi kertas terkoyak mengganggu kosentrasi rakan berdekatan. Jam besi U2 nya telah tersangkut pada bucu kertas jawapan dan membelah kertas tersebut. Aduh, di saat-saat kecemasan ada saja perkara berlaku.
Dia angkat tangan cepat-cepat meminta Pengawas peperiksaan datang membawa kertas jawapan yang kosong menggantikan kertas koyak itu.
'Dik, kalau menulis tangan kanan lebih senang pakai jam di tangan kiri. Tak gitu?'
Wah, isu jam dan tangannya lagi. Berhari-hari dia murung. Dia benar-benar bengang. Satu hari dia duduk seorang diri menghadap Ensiklopedia Sains Disney Kegemarannya, abangnya datang dekat-dekat. Pelik kerana adik kecil itu menatap muka surat yang sama tapi mata tekun memandang buku yang terbuka.
'Ada masalah? Jiwa kacau?,' Sang Abang membuka bicara. Dia geleng-geleng kepala buat tak tahu. Badannya dikalihkan membelakangi Sang Abang tanda tak mahu diganggu. Sang Abang berlalu pergi dengan seribu kepelikan menerjah jiwa.
Setelah berfikir panjang, dia tekad, dia tak mahu nampak pelik (atau sebenarnya menjadi istimewa) lagi. Setelah bertahun-tahun dia memendam lara, dia rasa dia perlu berubah dan menjadi seperti orang kebanyakan. Dia takut untuk kelihatan berbeza, dia tak mahu dikata menongkah arus jadi dia perlu korbankan kebiasaan dirinya dan mengikut adat semasa. (Jika benar dia benar-benar tahu dan faham kenapa dia memakai jam di tangan kanan, adakah dia akan mudah tergugat dek kata-kata manusia sekeliling?)
Ketika awal-awal dia memakai jam tangan di tangan kiri, dia asyik tersilap menyelak lengan kurung tangan kanannya jika mahu mengintai waktu. Setiap kali dia tersilap melihat tangan kanan, panahan-panahan kata yang pernah dilontarkan menusuk jiwa. Dia berasa pedih dan dengan pantas dia beralih ke tangan kirinya, di mana situ letaknya jam tangan bagi kebanyakan orang.
Lama-lama dia sudah biasa memakai jam di tangan kiri, dan dia tidak kekok lagi. Orang ramai juga tidak sibuk-sibuk lagi tanya soalan-soalan merimaskan lagi.
'Pakai jam tangan kanan, kidal ke?' 'Tak susah ke nak tengok jam sambil menulis?'
dan seribu macam soalan membosankan. Mulut belanga boleh ditutup tapi mulut manusia, bagaimana pula? Jika anda memakai jam di tangan kanan, mungkin anda tahu bagaimana rasanya apabila dipersoalkan. Macamlah pemakaian jam di tangan kanan akan menjejaskan kehidupan alam semesta.
Kini tiada lagi suara-suara sumbang itu. Dia gembira, pada zahirnya kerana mampu menutup mulut masyarakat. Tapi di hatinya, tak siapa yang tahu.
Tetaplah di situ wahai akar yang mencengkam Bumi, terpasak teguh walau apa yang mendatang
Setiap kali ada makhluk yang memakai jam tangan di tangan kanan melintasinya, hatinya dipagut cemburu. Beraninya orang ini, untuk menjadi yang lain. Hebatnya dia, kerana mampu bertahan jika ada yang bertanya mengapa dan kenapa. Dia sedih kerana tidak punya kekuatan itu, tidak mahu dilabel istimewa, tidak tegar berada dalam lingkungan minoriti, tidak itu tidak ini dan macam-macam lagi.
Perlu berani untuk menjadi yang lain, walau terpaksa mengahadapinya seorang diri
Adakah mungkin, dia akan memakai jam tangan di tangan kanannya semula kerana dia telah jumpa kekuatan untuk dianggap lain dari yang lain. Pengalaman hidup yang cetek telah mematangkannya. Orang yang tersayang di sekeliling juga sudah bersedia untuk menjadi yang lain. Untuk sama-sama menjadi berbeza dan saling kuat-menguatkan tatkala dilambung ujian dan saling ingat-mengingatkan agar kita tidak larut dengan adat duniawi kerana HIDUP INI TAK PERNAH MUDAH.
Teima kasih, kerana bawa spark pada hari gloomy saya^^
Awak, shaker merah jambu tu dah patah. Tanda rajin stadi. Dia telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang semenjak awal tahun Tingkatan 5 lagi. Setia.
Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
We will walk this path together. Even though in our very own pace, I'd be content enough.
Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.
Kapal terbang kecil itu, yang telah menerbangkan dua jiwa untuk bersatu dengan hati-hati yang rindu pertemuan taman-taman syurga, mengejar cintaNya.
Kalam-kalam yang telah memujuk jiwa
orang Jepun: Jemaah itu macam pelangi, macam-macam warna dan saling melengkapi, baru cantik.
orang Jordan: Kalau pelangi tu warnanya bersepah sana sini sakit mata pula.
orang Australia: Kita buat kerja kita. Dah, dah banyak lagi kerja.
orang Ireland: Jangan lari fokus.
orang Mesir(saya lah orangnya!): Mencadangkan supaya banyak membaca dan berfikir. Bukan emosi semata. Pasti kalian bosan dengan isu ini ya? xD
Apa pula kata Dr Yusof Qaradhawi?
"Tiada halangan dalam taadud jemaah untuk beramal untuk Islam, selama mana keuzuran untuk mewujudkan kesatuan yang thabit kelainan matlamat-matlamat, kelainan-kelainan manhaj-manhaj , kelainan kefahaman dan kelainan thiqah terhadap sesetengah yang lain berdasarkan taadud takhasus wa tanawu') dan bukan taadud pertentangan dan perlawanan. Semuanya hendaklah berdiri dalam satu soff pada setiap perkaran yang mengembalikan Daulah Islamiyyah( Rujuk Fiqhul Daulah DR Yusof Qaradhawi)"
Golongan minoriti pada prinsipnya, menentukan wajah dunia. Psikologi menjelaskan mengapa golongan minoriti sering menjadi faktor yang kuat dalam sejarah manusia. Karakter adalah kekuatan yang tidak kelihatan tetapi ia menentukan nasib suatu bangsa dan karakter yang kuat mustahil wujud dalam kelompok majoriti.
Sumber: Muhammad Iqbal, Penyair dan pemikir Islam dari Pakistan.
Never doubt that a small group of committed people can change the world. Indeed this is the only thing that ever has.
Source: Margaret Mead, an American cultural anthropologist
Even if you are the minority of one, the truth is the truth.
Source: Mahatma Gandhi
"Minority"-Green Day
I want to be the minority
I don't need your authority
Down with the moral majority
'Cause I want to be the minority
I pledge allegiance to the underworld
One nation under dog
There of which I stand alone
A face in the crowd
Unsung, against the mold
Without a doubt
Singled out
The only way I know
I want to be the minority
I don't need your authority
Down with the moral majority
'Cause I want to be the minority
Stepped out of the line
Like a sheep runs from the herd
Marching out of time
To my own beat now
The only way I know
One light, one mind
Flashing in the dark
Blinded by the silence of a thousand broken hearts
"For crying out loud" she screamed unto me
A free for all
F*** 'em all
You are your own sight
I want to be the minority
I don't need your authority
Down with the moral majority
'Cause I want to be the minority
But I like it better in the piano version. [Yeah, I'm a peace lover]
This is just a random scribbling celebrating the weekends. I'm not in the mood of writing any analytical entry. After all the debates, YM attacks, misled assumptions, the tiring dramas made and bla bla, it's nice to treat myself with a silent hour on bed. With beloved TITAA and hot Radix coffee (haha)
Pause.Visualizing things, to make everything visibly clear, to reset, to rearrange and re-sorting. To elude from this confusion. It was a tough, rough time but I [and we] made it. After months. The years are rotating '-'
Thanks to you, [all of you] because you have been there to witness the engagements and battles of the bewildering voices echoed inside me.
Yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela [5:54]